Monday, December 5, 2022

Tanam semula selepas tebang balak, bantu sejahterakan pokok, spesies hutan S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan pentingnya kajian dan pembangunan (R&D) ke atas sektor perkayuan demi menyeimbangkan industri hutan di negeri ini.

Berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Geodron, Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman dan lawatan kerja ke Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada Isnin, Abang Johari berkata usaha badan itu menubuhkan R&D merupakan langkah wajar.

Selepas pokok ditebang, kawasan berkenaan ditanam semula serta dijaga baik.

Ini membantu mengekalkan kesejahteraan pokok dan hidupan hutan, selain dapat memelihara spesies pokok di hutan di negeri ini.

Abang Johari turut menyarankan agar SFC menjalankan kajian penanaman benih pokok di seluruh negeri.

Menurut beliau, cara ini membenarkan ia dapat dikongsi dengan operator penanaman pokok hutan demi meningkatkan hasil kayu.

Mengulas penggunaan kaedah teknologi terkini, termasuk penggunaan dron membuktikan SFC komited mengurus serta menguat kuasa kawalan hutan yang luas di Sarawak termasuk tapak taman negara. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru