Misteri kucing putih “ratapi” kubur Tok Wan, capai 4.5 juta tontonan

0
10

KUALA LUMPUR: Pada 17 September, Soffuan CZ menulis di akaun Facebooknya: “Lepas asar tdi jmpa tokwan, sebelum mgrib sempat cium pipi tokwan, dpt panggilan yg tokwan dah xda… Al Fatihah untuk tokwan saya Ismail Bin Mat yg kembali kerahmatullah 10 lebih tadi..”

Pada 18 September, Soffuan CZ mencatat lagi di Facebooknya kisah di perkuburan arwah Tok Wannya: “Assalamualaikum..

Tok Wan saya (Ismail Bin Mat) telah selamat di kebumikn ditanah Pekuburan Masjid Kelibang (Langkawi) ..Ada Kejadian berlaku semasa membaca talqin, sekor kucing Putih mai mengelingi kubur arwah..Sunguh besar kekuasaan mu ya Allah..Semasa arwah tokwan saya di dunia..dia seorang yg cinta kepada kucing..Harap Tokwan di tempatkn dgn org yg beriman.. Kasih sayang seorg tokwan kepada kami cucu 38org dripada 12 anaknya tiada ganti…terlalu bnyk kenangan manis yg kami xkan lupa sampai bila2…kami sayang sgt2 kat tokwan…moga tenang disana…Al-Fatihah.”


Soffuan CZ memuat naik video kucing putih yang dimaksudkan dan setakat 1.15 pagi 19 September, video berkenaan telah ditonton oleh 4.5 juta netizen serta mendapat 56,600 perkongsian dan 12,200 komen.

Seterusnya, mendapati rakaman video kucing putih tersebut viral Soffuan CZ menulis lagi: “Assalamulaikum..rentetan daripada post yg viral petang tadi pasal kejadian semasa pengebumian arwah Tok Wan saya…ramai yg inbox tanya pasal kucing ni.

Sebenarnya kucing putih nie dtg tiba2 semasa talqin dibaca, dan mengelilingi kubur arwah. Kucing Putih ni sebenarnya bukanlah kucing peliharaan arwah, tapi mungkin kucing peliharaan org kampung yg berdekatan dengan masjid ni..

 

Kehadiran & gelagat kucing ni menarik perhatian kami sekeluarga, sebab kucing ni taknak tinggalkan kubur arwah semasa kami semua nak pulang. Ada saudara cuba angkat kucing ni & melawak manja sahaja serta tengok gelagatnya. Tetapi kucing tu berguling2 seakan2 tak mau tinggalkan kubur arwah. Berkenaan dgn cubit kucing tu sebenarnya bukanlah tindakan kasar, cuma cubit manja sahaja dengan kucing tu..Pasal angkat kaki kucing tu pula, tu pun melawak juga dengan kucing tu. Bukan kasar pun..Maaf la kalau video kucing tadi tu buatkan pencinta2 kucing marah sebab perlakuan sebegitu dari keluarga kami.

Akhir sekali semasa kami semua dah beredar, kucing tu pergi semula ke kubur Arwah. Dapat info dari orang kampung, kata yang kucing tu memang selalu berkeliaran di kawasan Masjid tu….

Saya post pasal kejadian cuma nak sampaikan berita arwah Tok Wan saya dah selamat dikebumikan. Terima kasih pada semua yang mendoakan untuk arwah. Semoga roh Tok Wan dicucuri rahmat & tergolong dalam golongan org yg beriman…Al – Fatihah.”

Rakaman video dengan catatan yang hampir sama dengan Soffuan CZ turut dikongsi oleh akaun Facebook Zarould Zh Hisham yang juga dikatakan cucu kepada Tok Wan. – Sarawakvoice

Foto Zarould Zh Hisham