Betulkah 8 ADUN PKR patut lompat bersama Muhammad bentuk kerajaan baru S’gor?

0
11

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR melompat parti menyertai Umno bersama bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Menurut Malaysia Dateline yang memetik Sinar Harian pada Selasa, Rafizi berkata, “berita itu tidak betul. Saya pun tidak pernah dengar. Tidak ada langsung desas-desus. Kita sekarang sedang sibuk membuat persediaan menghadapi PRU14.”

Ahad lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media mengumumkan penyertaan Muhammad kembali kepada Umno.

The Malaysian Insight pada Isnin mendakwa pengumuman Muhammad sepatutnya disertai lapan lagi ADUN Selangor dan seterusnya menyebabkan kerajaan baru dibentuk, namun ia tidak terlaksana.

Laporan mendakwa kerajaan baru sepatutnya terbentuk dengan komposisi 34 Adun; 12 Umno, 13 Pas, lapan PKR yang didakwa berpaling tadah berserta bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Peristiwa tersebut didakwa, sebagai sepatutnya mengulangi episod tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak selepas wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.

Rafizi menghormati keputusan Muhammad meninggalkan PKR dan menyifatkan PKR tidak terjejas dengan perpindahan beliau itu.

Bagi Rafizi pendekatan PKR membela nasib orang Melayu berbeza dengan cara Umno. – Sarawakvoice