Friday, October 7, 2022

Bakar balak sita untuk elak fitnah — Pengarah Hutan

Secara Rawak

KUCHING: “Kami bakar balak sitaan tersebut kerana mahu elak fitnah!

“Sebelum ini kami difitnahkan bersubahat dengan pihak tertentu apabila kayu-kayu rampasan ini dilelong,” kata Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Sapuan Ahmad ketika ditemui semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan pasukan penguat kuasa jabatan itu membakar lebih 300 kayu balak rampasan di Belawai pada minggu lalu.

Gambar fail

Katanya, pada masa yang sama, lokasi balak haram itu agak terpencil, dan usaha mengeluarkannya adalah tidak berbaloi.

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beliau bersetuju dengan tindakan kita.

“Ia juga sebagai amaran kepada pembalak-pembalak haram yang degil dan keras kepala,” tegasnya lagi.

Katanya, bagi balak-balak rampasan lain, yang laluan ke lokasi simpanannya dapat dilalui dengan lori, pihaknya menyerahkan rampasan tersebut kepada pihak Harwood Timber Sdn. Bhd.

“Kepada pembalak-pembalak haram ini…ini amaran kami. Kami akan bertindak tegas. Cukup cukuplah! Jangan buat kawasan balak ini bagai awak dan keturunan awak yang punya!

Bagi menjamin penguatkuasaan dan pemantauan hutan Sarawak secara lebih berkesan, pihaknya kini akan menggunakan teknologi dron berkuasa tinggi.

“Dron berharga RM24 juta ini telah pun ditempah, dan ia memiliki kapasiti terbang sehingga sembilan jam.

“Pembelian dron ini dibiayai oleh Kerajaan Pusat akan membuka dimensi baharu dalam kaedah pengawalan hutan,” tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, bagi urusan pengawasan dan pengawalan hutan ini, pihaknya turut dibantu oleh pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC).

SFC kini memiliki 58 dron pelbagai jenis dan fungsi, yang turut berangkai dengan sistem satelit dan Geographic Information Systems (GIS).

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Wong Ting Chung, ketika ini kemudahan tersebut masih belum cukup untuk mengawal seluruh Sarawak, dan berharap dapat melengkapkannya kepada 200 dron dalam masa terdekat.

“Kami telah memberikan penerangan dan memohon pertambahan kepada Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan beliau tampak positif,” tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru