Saturday, October 8, 2022

Anwar: Elakkan kejadian kebakaran di pusat tahfiz berulang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan bertindak serius bagi mengelakkan kebakaran di pusat tahfiz.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata langkah yang konkrit untuk mencegah kemalangan sama berulang seharusnya boleh dilakukan kerana tragedi itu ialah insiden ke-212 melibatkan pusat tahfiz sejak 2015.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu, 21 orang pelajar dan dua orang warden meninggal dunia dalam kebakaran awal pagi di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur.

Gambar fail

Anwar mahu jumlah maahad tahfiz yang tidak berdaftar dengan agensi bertanggungjawab diumumkan termasuk yang beroperasi di premis-premis tanpa permit PBT atau kelulusan bomba.

Beliau juga berharap agar penangkapan tujuh orang suspek dalam perbuatan khianat berkenaan dapat merungkai kejadian sebenar.

Namun katanya, meskipun jika terbukti kebakaran itu berpunca daripada perbuatan jenayah, aspek keselamatan di pusat-pusat tahfiz harus dipatuhi agar kejadian sama tidak berulang.

“Walaupun dipercayai wujudnya unsur khianat, namun piawaian keselamatan wajib ditepati. Kita tidak mampu cuai, lebih-lebih lagi kerana melibatkan nyawa dan masa depan anak-anak kita,”’ katanya dalam satu kenyataan.

“Pada masa yang sama, saya terima baik usaha kerajaan negeri Selangor untuk melaksana audit tahap keselamatan maahad-maahad tahfiz di seluruh negeri,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru