Sunday, September 25, 2022

Mawan perlu dikekalkan sebagai calon P.205 Saratok – pengundi

Secara Rawak

SARATOK: Pengundi di kawasan  parlimen  P.205 Saratok mahukan penyandang bagi kerusi tersebut Tan Sri William Mawan Ikom dikekalkan sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Satu majlis perjumpaan khas dilakukan oleh penduduk bersama pemimpin masyarakat telah diadakan d sini petang semalam sebagai tanda sokongan dan permintaan penduduk agar Mawan dikekalkan sebagai calon.

Seorang penduduk, Haji Yusuf Terang,65, yang juga merupakan Pengerusi JKKK Kampung Melango berkata, penyandang  bagi P.205 Saratok (Tan Sri Mawan) masih diperlukan khidmatnya bagi mewakili suara penduduk dengan berbekalkan pengalaman beliau yang telah lama berkecimpung dalam arena politik negeri dan negara.

Haji Yusuf Terang

“Kami penduduk masih memerlukan Tan Sri Mawan untuk mewakili kami di sini. Banyak sumbangan dan jasa beliau sepanjang beliau menjadi wakil parlimen kami di sini. Kami mahu beliau dikekalkan sebagai calon agar segala yang dalam perancangan boleh dilaksana dengan jayanya.

“Beliau (Mawan) seorang pemimpin yang matang dan tidak banyak karenah. Beliau seorang yang tidak banyak cakap tetapi mempunyai mempunyai tindakan segera yang amat berkesan apabila diperlukan pada bila-bila masa,” ujarnya.

Bagi Penghulu Anyum, masyarakat Iban di kawasan tersebut masih memerlukan khidmat Mawan dalam melaksana agenda pembangunan di kawasan berkenaan.

“Kami kaum Iban akan tetap menyokong teguh Tan Sri Mawan dan berharap pihak atasan mengekalkan beliau sebagai calon untuk PRU Ke-14 yang akan datang.

“Kami di sini tidak ada masalah dengan beliau. Beliau amat perihatin dengan kami dan banyak bantuan kepada penduduk disalurkan untuk kami kaum Iban. Hanya beberapa pihak yang mempunyai agenda tersendiri kadang-kadang memutar belit cerita dan memburuk-burukkan beliau dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas,”ujarnya.

Penghulu Ayum

Kapitan Lim Guan Ann,62, yang bercakap mewakili komuniti Cina pula menjelaskan kaum mereka juga berharap Mawan terus dipilih sebagai wakil parlimen kawasan Saratok.

“Bagi kami masyarakat Cina, Mawan adalah wakil rakyat dan ahli parlimen yang bagus serta selalu mendengar masalah rakyat dan mengambil tindakan yang  sepatutnya bila perlu.

“Apa yang penting adalah kita sebagai rakyat di kawasan ini perlu menyuarakan pendapat, permohonan dan memberitahu masalah yang dialami dengan cara dan saluran yang betul.

“Apabila sesuatu itu disuarakan dengan betul sudah pasti beliau akan membuat respons dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Beliau bagi kami sangat bagus dan telah banyak membantu dalam banyak perkara berkaitan keperluan kaum Cina. Pihak kami amat menyokong penuh untuk beliau dikekalkan sebagai calon dalam PRU 14 yang akan datang,” jelasnya.

Kr. Dampa

Kaunselour(Kr) Dampa,61, yang ditemui juga melahirkan pendapat yang sama dan menyatakan banyak projek Mawan kini sedang dalam pelaksanaan untuk penduduk di situ.

“Amat wajar untuk Mawan terus dikekalkan sebagai calon kerana kami nampak hasil pembangunan yang dibawa oleh beliau yang semuanya untuk keperluan penduduk di kawasan ini.

“Kami bimbang jika beliau ditukar dengan calon baharu yang tidak berpengalaman sudah pasti akan melambatkan banyak perkara yang sepatutya dibuat untuk kawasan ini dan pasti merugikan rakyat ,” ujarnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru