Sunday, May 22, 2022

Lima bernasib baik hanya cedera selepas jatuh 15 meter ke dalam gaung di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Jatuh gaung sedalam 15 meter hampir meragut lima lelaki semalam, dalam satu nahas di Batu 25, Jalan Persisir Bintulu-Miri, dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan akan kejadian tersebut sekitar jam 7.32 pagi semalam, dan sebuah jentera FRT serta sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan sepuluh anggota dikejarkan ke lokasi.

“Tiba di lokasi 18 minit kemudian, pasukan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga FLX  telah terbabas ke dalam gaung.

“Terdapat lima mangsa dan kesemuanya mengalami kecederaan.

” Seorang daripada mangsa tersepit di bahagian belakang dan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan.

Selepas operasi hampir 30 minit itu, tiga mangsa dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulan dan dua lagi dengan bantuan EMRS, katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru