Tuesday, November 29, 2022

Hamas, Fatah sedia berdamai, adakan pilihan raya tubuh kerajaan perpaduan Palestin

Secara Rawak

KAHERAH: Hamas dan Fatah bersetuju membincangkan pembubaran jawatankuasa pentadbiran Semenanjung Gaza dan mengadakan pilihan raya umum.

Langkah itu diambil bagi memeterai perjanjian menamatkan sengketa antara dua kumpulan bertentangan berkenaan.

Sudah sedekad Palestin terpecah dua; dengan Fatah diiktiraf sebagai pemerintah menguasai Tebing Barat, manakala Hamas mentadbir Gaza.

Hal ini antara faktor melambatkan tuntutan mereka ke atas pembentukan negara Palestin merdeka seterusnya menuntut Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Foto Israel.gov

Pihak Berkuasa Palestin yang dikawal Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas yang diakui Mesir dan negara Arab lain berperang dengan Hamas pada 2007.

Ketika itu, Hamas mengambil alih penguasaan ke atas Gaza.

Sejak itu, beberapa percubaan mendamaikan kedua-dua kumpulan dan membentuk kerajaan perpaduan di Gaza dan Tebing Barat gagal.

Menurut Reuters pada Ahad, Hamas bersetuju membubarkan pentadbiran sementara mengendalikan Gaza.

Ini bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan  sementara menjalankan tugasnya di wilayah tersebut seterusnya mengadakan pilihan raya umum.

Mesir menjadi orang tengah melakukan perbincangan dengan Fatah bagi mengimplementasikan kesepakatan yang ditandatangani pada 2011 dengan Hamas di Kaherah itu.

Menurut Perjanjian tersebut, Hamas harus mengakhiri sengketanya dengan Fatah dan membentuk pemerintahan interim sebelum pilihan raya umum.

Sebelum ini Fatah  melalui inisiatif perdamaian Timur Tengah yang diusahakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi tekanan pada Hamas.

Antara tekanan yangh dikenakan ialah Fatah tidak membayar bekalan elektrik di Gaza yang disalurkan Israel serta memotong gaji pegawai negeri Gaza.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru