Saturday, October 8, 2022

Ambil tindakan terhadap ibu bapa kanak-kanak bakar maahad tahfiz — Lee Lam Thye

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tan Sri Lee Lam Thye semalam mahu tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka di bawah umur terbabit jenayah.

Memetik Bernama, perkara itu akan dicadangkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kepada kerajaan rentetan isu kebakaran maahad tahfiz yang mengorbankan 23 nyawa Khamis lalu.

Lam Thye yang juga Naib Pengerusi Kanan yayasan tersebut,  berkata, kebanyakan pesalah bawah umur melakukan jenayah berpunca daripada pengabaian dan kurang bimbingan daripada ibu bapa, selain pengaruh negatif rakan sebaya dan Internet serta gengsterisme.

Gambar fail

“Remaja belasan tahun seperti suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) sepatutnya berada di hostel sekolah atau rumah pada waktu dinihari, dan bukannya berpelesiran di luar dan terlibat dalam gejala negatif,” katanya.

Polis telah mengesahkan kebakaran maahad tahfiz di Jalan Keramat Ujung itu berlaku angkara perbuatan khianat. Tujuh remaja berusia di antara 11 hingga 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ibu bapa kanak-kanak terbabit kata Lam Thye, seharusnya dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 atau Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru