Van terbabas di jalan Sri Aman/Kuching, seorang lelaki temui ajal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SRI AMAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 64 jalan Sri Aman-Kuching pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu Balai Polis Sri Aman menerima panggilan memaklum kejadian yang membabitkan sebuah van jenis Toyota Hiace yang terbabas akibat mengelak sebuah kenderaan lain yang datang dari arah hadapan yang sedang memotong sebuah kenderaan lain.

Akibatnya van berkenaan terbalik di tepi jalan dan meragut nyawa seorang penumpang lelaki yang duduk di kerusi hadapan bersebelahan dengan pemandu.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Edmund Mangoi anak Budin berumur 49 Tahun.

Mangsa berasal dari Rumah Randi, Entanak, Betong.

Secara kebetulan pada masa kejadian beberapa petugas Paramedik Bomba Serian lalu di kawasan tersebut dan membantu mangsa. Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan meninggal di tempat kejadian.

Pemandu van, Nickelin Nuing anak Kedeni berumur 27 tahun yang
beralamat di Lot 1804, No 227, Demak Laut, Petra Jaya, Kuching mengalami kecederaan luka di dahi.

Berdasarkan maklumat awal, kawasan jalan raya berkenaan tiada kamera pengawasan (CCTV) namun cuaca pada ketika baik itu amat baik sekali.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Othman Sulaiman mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan kes tersebut kini sedang dalam sisatan lanjut. – Sarawakvoice

Terbaru