Wednesday, December 7, 2022

Sabah maju di bawah kepimpinan Musa Aman – Najib

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Sabah kini rancak membangun sejak berada di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Menurutnya, perubahan landskap negeri ini juga adalah hasil hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

“Insya-Allah, kita akan (kerajaan pusat) teruskan lagi kerjasama untuk memantapkan lagi pembangunan di Sabah.

“Kita (kerajaan pusat) berterima kasih kepada kerajaan Sabah di bawah pimpinan Tan Sri Musa,” katanya pada sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di sini malam tadi.

Berkenaan dengan keselamatan di Sabah, Najib berkata kerajaan akan memastikan kedaulatan Sabah akan terus dipertahankan, khususnya daripada ancaman luar. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru