Saturday, October 8, 2022

Nenek mimpi diberi tiga ekor ayam putih, hilang tiga cucu dalam kebakaran pusat tahfiz

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bukan semua mimpi mainan tidur.

Ada mimpi yang membawa alamat tertentu termasuk alamat buruk dan musibah.

Mimpi ada orang yang mahu memberi tiga ekor ayam putih ternyata membawa makna yang tidak akan dapat dipadamkan daripada memori seorang nenek tiga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran yang mengorbankan 23 orang awal pagi Khamis.

“Saya mimpi ada orang kasi tiga ekor ayam putih tapi saya tak nak. Saya minta tukar ayam warna lain,” kata Sapiah Harun, 70, mengimbas balik mimpinya beberapa hari lalu.

Memetik BH hari ini, beliau mengakui sejak mendapat mimpi tersebut, beliau berasa tidak sedap kerana dalam kepercayaan Melayu, warna putih kerap membawa maksud kurang baik.

Maksud mimpi itu menjadi kenyataan apabila cucunya tiga beradik  — Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, antara 23 orang yang terkorban dalam tragedi dahsyat yang menggemparkan negara dan menarik perhatian pemimpin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan menyalurkan peruntukan RM30 juta untuk meningkatkan kemudahan dan keselamatan di pusat tahfiz di seluruh negara. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru