Friday, December 2, 2022

Banjir: KM Pulau Pinang perlekeh Kelantan adalah bodoh, kata Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bodoh kalau banjir dijadikan medan untuk saling mengutuk kerana sesiapa pun kutuk tanpa mengira siapa pun orang berkenaan, orang itu ialah orang bodoh, kata Ahli jawatankuasa Pas Pusat Pusat Dr Azmi Ibrahim.

“Ketua Menteri Pulau Pinang perlekeh Kelantan masa banjir itu adalah bodoh! Kalau ada MB Kelantan perlekeh bila Pulau Pinang banjir, sila bagitahu. Kalau ada, tapi rasanya tak ada,” katanya dalam satu kenyataan.

“’Mulut tu kena jaga baru kita selamat. Jangan lagi ada orang yang kutuk dan perlekeh  orang lain kononnya tak pandai mentadbir sehingga menyebabkan banjir. Kena belaka sikit sorang dengan kehendak Allah,” katanya lagi.

Ketika banjir berlaku di Kelantan suatu ketika dahhulu kerajaan pimpinan Pas banyak dikritik pelbagai pihak.

Katanya, negeri Pas, Barisan Nasional (BN) perintah banjir, negeri BN banjir dan negeri DAP pun banjir.

“Cuma bezanya Pas tak pernah rasa malu bila negeri Kelantan banjir sebab kita tak pernah mempermainkan orang lain. Tak pernah mengejek orang lain bila kena banjir. Yang kita buat adalah mengambil langkah sebaik-baiknya untuk membantu mangsa banjir,” katanya.

Menurutnya, banjir antara bencana alam yang paling lumrah tidak kira membabitkan negara paling maju di dunia seperti Amerika banjir atau negara mundur di Afrika.

Banjir juga, katanya, berlaku di negara yang banyak sungai seperti Bangladesh malah negara padang pasir seperti Arab Saudi pun banjir.

“Negara umat Islam banjir, negara kafir banjir, negara komunis pun banjir.

Kawasan hulu banjir, kawasan pantai pun banjir juga. Di bandar banjir, di kampung pedalaman pun banjir,” katanya sinis. – Sarawakvoice

Foto Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru