Saturday, December 3, 2022

Aziz Isa yang paloi dan biadab,  hanya berani kesak — Datuk Idris Buang

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muara Tuang membuat “serang balas”  memgembalikan “paku buah keras” dengan menempelak Pembantu Khas Pengerusi Parti Tindakan Rakyat (DAP) Sarawak,  Abdul Aziz Isa sebagai paloi (bodoh),  biadab, pembuli siber dan “berani kesak”.

Katanya,  antara tindakan Aziz yang pengecut termasuklah melakukan halangan atau “block” kepada Idris daripada mengakses kepada akaun facebooknya, selain memadam komen-komen penyokong BN dalam wall miliknya (Aziz).

“Kenak kau block aku??? Kecut ? Berani kesak ?? Perangey mcm ya nak jadi antu pelesit kah????” tulis Idris.

Sebelum itu,  Idris melakukan turut menyifatkan tulisan-tulisan dan komen kasar Aziz,  sebagai penuh provokasi,  muslihat,  putar belit dan menghasut.

“Paloi si paloi tuk. ..trying to ride on the issue…dan memutar belit. Cukuplah Aziz… cukuplah nunjuk angkuh biadab dan berbahasa kesat dalam fb terhadap saya atau sesiapa.

“You are clearly a cyber bully. Kelak BN cybertroopers komen kat fb wall dirik , dirik madah fakta dirik sik betul .. komen sidaknya  ko delete ko.

Idris malah menelanjangi karektor sebenar pelajar lulusan Sains Politik itu.

“… dah ya bila jumpa saya (Idris) di dibah bangunan DUN, bukan main lemah lembut lagik nunjuk bahasa hormat dirik macam budak hingusan minta kesian !!!

Idris malah terus menyerang Aziz yang disifatkan sebagai penghasut.

“Cukuplah politik murahan ya …apa …sik pandey kerja nak bagus lain kah ??? Kerja nak jadi penghasut aja’ ya tetap hina !!!

“Adakah orang nak nulong kaum yang dizalimi dikata ngekot nafsu?? Kitab ney di ekot kau, Jis ???

Kata Idris,  tindakannya memuat naik status yang agak kasar adalah meniru gaya Aziz sendiri adalah untuk menangkis fitnah pemimpin DAP bermulut puaka itu.

“Terpaksa juak sekali sekala ku melepas geram ngan kau cara tuk di sitok untuk nangkis fitnah & tomahan kau semua ya — sebab aku pun manusia biasa punyai maruah dan sik maok dipolah kau sebarang.

Beliau kemudian melaung amaran kepada Aziz: “Sekali agik… aku akan ngirit kau ke Mahkamah.  So please stop your nonsense towards me , ok?

Idris menjadi sasaran Aziz Isa berikutan status simpati dan cadang balasnya mengenai etnik Rohingya yang berhadapan pembersihan etnik di Myanmar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru