Friday, December 2, 2022

Amnesty Antarabangsa tunjuk satelit, Myanmar bakar desa, hapus etnik Rohingya

Secara Rawak

LONDON: Kumpulan pembela hak asasi manusia, Amnesty Antarabangsa mengeluarkan rakaman satelit terbaharu menunjukkan wujudnya kempen sistematis membakar desa dan kampung etnik minoriti Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Amnesty Antarabangsa menuduh tentera Myanmar berusaha menyingkirkan Rohingya hingga ke sempadan.

Semenjak keganasan meletus 25 Ogos, sekitar 389,000 etnik Rohingya di Rakhine melarikan diri ke Bangladesh.

Kerajaan Myanmar sendiri mengakui ketika ini sekitar 30 peratus desa di Rakhine kosong selepas ditinggalkan penghuni.

Etnik Rohingya di Rakhine dianggap sebagai pendatang haram oleh kerajaan Myanmar yang menolak memberikan status kewarganegaraan kepada mereka.

Amnesty Antarabangsa mendakwa memiliki data baru berdasarkan data pengesan api, rakaman satelit, foto dan video, serta wawancara dengan saksi mata.

Semua bukti menunjukkan adanya kempen pembakaran sistematis dengan sasaran desa etnik Rohingya dalam tiga minggu terakhir.

Menurut Okezone yang memetik BBC pada Jumaat, Pengarah Respons Amnesty Antarabangsa Tirana Hassan, “Pasukan tentera Myanmar membakar wilayah utara Rakhine dalam kampen menyasar agar orang Rohingya keluar dari Myanmar!”

Menteri Luar Amerika Syarikat, Rex Tillerson yang berada di London, menganggap demokrasi Myanmar ketika ini genting.

“Saya fikir sangat penting komuniti antarabangsa bersuara menyokong agar semua orang dilihat setara tanpa memandang etnik mereka. Kekerasan harus dihentikan,” ujar Rex Tillerson.

Sebelum ini, Setiausaha Jenderal PBB Antonio Guterres mengatakan etnik Rohingya kini berdepan situasi kemanusiaan mengerikan.

Dewan Keselamatan PBB sudah mendesak dilakukan langkah darurat untuk mengakhiri kekerasan yang berlaku. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru