Saturday, October 8, 2022

Pemimpin PKR ucap takziah, simpati terhadap keluarga mangsa kebakaran

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah dan simpati daripada parti dan kepemimpinan Pakatan Harapan kepada keluarga mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini pagi semalam.

“Bagi pihak seluruh kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan, kami merakamkan rasa sedih dan pilu tatkala menziarahi Maahad Tahfiz Ittifaqiah yang terbakar Subuh tadi.

“Semoga anak-anak ini ditempatkan di Jannatul Firdaus,” katanya, melalui Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meluangkan masa menziarahi sekolah tersebut pagi semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut melahirkan simpatinya terhadap  para pelajar yang terkorban dalam tragedi itu.

“Saya berdoa semoga anak-anak huffaz ini diberi ganjaran syahid dan diangkat kedudukan mereka pada kedudukan yang paling tinggi di sisi Allah,” tulis Azmin di akaun Twitter-nya.

Sebanyak 24 orang, temasuk dua orang warden dilaporkan maut dalam kebakaran, dipercayai berpunca daripada litar pintas yang bermula pada 5.15 pagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru