Sekolah daif di Sarawak; Zahid pengerusikan mesyuarat  di Sibu

SIBU:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan  mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Sekolah-sekolah daif di Sarawak di sebuah hotel di sini malam tadi.

Mesyuarat turut disertai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, dan lain-lain menteri kabinet Sarawak.

Pesawat yang membawa Ahmad Zahid untuk lawatan kerja dua harinya ke Sarawak, tiba di lapangan terbang Antarabangsa Sibu pada kira-kira 6.20 petang semalam.

Esok, beliau yang mempunyai jadual padat, dijangka dibawa meninjau empat sekolah di sekitar kawasan ini.

Beliau dijangka mengadakan persidangan media di lapangan terbang antarabangsa Sibu, sejurus sebelum berlepas. – Bernama