Saturday, October 8, 2022

Kandungan surat mangsa kebakaran: Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Surat yang begitu menyayat hati.

Amiel Asyraf Abdul Rashid telah melakarkan sepucuk surat semalam sebelum dia menjadi mangsa kebakaran di sekolah agama di Jalan Datuk Keramat awal pagi tadi,

Amiel seolah-olah punya bayangan awal akan pergi selama-lamanya.

Yang turut terkorban ialah 21 lagi murid lain dan dua orang guru.

Difahamkan surat itu diberi kepada ibu bapanya ketika mereka berdua melawat anak kesayangan mereka pada Rabu.

Katanya dalam surat itu: “Ibu dan ayah, Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa..Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah.

Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini,” katanya dalam surat itu.

“Amiel tak tahu macam (mana) nak balas jasa budi ayah dan ibu. Hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah masuk ke syurga firdaus.”

Ibu Amiel Asyraf, Norhayati Khalid, 42,  menunjukkan surat berkenaan kepada wartawan di tempat kejadian pada Khamis. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru