KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati lemas berhampiran masjid terapung di Sungai Sarawak awal pagi tadi,  setelah terjatuh ketika memancing.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata,  mayat mangsa ditemui oleh rakan-rakannya di kawasan tersebut,  sekitar jam 12. 35 pagi.

“Sejurus menerima maklumat,  sebuah jentera FRT,  sebuah ambulans EMRS dan RIM dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, mangsa telah ditemui terapung di kawasan pembinaan dan pasukan telah bertindak mengangkat mangsa ke tebing dengan menggunakan bucket stretcher.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak paramedik di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuching,  Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut.

“Maklumat awal kita mengenal pasti mangsa sebagai Drahman Spawi,  dalam lingkungan 30-an dan menetap di Kampung Sungai Bedil,  dekat sini.

Kes katanya, masih dalam siasatan dan setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut. – Sarawakvoice