Pelarian Rohingya bawa telefon bimbit, ayam, cili ke sempadan Bangladesh

KUALA LUMPUR: Letakkan diri anda sebagai pelarian yang terpaksa menyelamatkan diri daripada ancaman maut. Anda terpaksa melarikan diri dari kampung halaman yang dibakar dan diserbu oleh tentera.

Apakah agaknya barangan yang akan anda bawa?

Dengan kampung halaman dibakar, penduduk dibunuh dan ditembak, etnik Rohingya di Rakaine, Mynmar tidak punya pilihan kecuali melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipetik media melaporkan lebih daripada 230,000 telah lari ke sempadan dan kini tinggal di khemah yang amat daif di Bangladesh.

Kumpulan demi kumpulan yang tiba sejak konflik tercetus sejak 25 Ogos lalu membawa bersama-sama mereka telefon bimbit, kad SIM atau kad memori bagi membolehkan mereka berhubung dengan ahli keluarga atau sanak saudara di kampung halaman atau yang telah berada di sempadan Bangladesh.

Yang turut dibawa ialah ayam atau itik serta rempah ratus termasuk cili.

Dalam keadaan makanan sukar didapati, mereka hanya makan seadanya.

Petugas sukarelewan memberi mereka nasi atau kuah kari dan makanan dalam tin.

Bagi pelarian Rohingya, nasi yang digaul dengan cili kering pun terasa enak dalam keadaan kelaparan. – Sarawakvoice