Friday, September 30, 2022

350,000 tandatangani petisyen seru tarik Hadiah Nobel Suu Kyi tuli pada isu damai

Secara Rawak

JAKARTA: Desakan agar Jawatankuasa Hadiah Nobel untuk perdamaian menarik penghargaan dari pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyi semakin kuat.

Petisyen tersebut kini ditandatangani lebih dari 350,000 orang di seluruh dunia.

Menurut CNN Indonesia, petisyen diusahakan oleh laman Change.org itu mendesak agar pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyi yagt dituduh membisu atas jenayah kemanusiaan berlaku di negaranya sendiri.

Sebagai rekod, sepanjang sejarah Hadiah Nobel, jawatankuasa berkenaan yang dilantik oleh Parlimen Norway tidak pernah menarik semula mana-mana anugerah yang sudah diberikan kepada penerima di serata dunia meskipun pemenang dilanda kontroversi.

Dalam wawancara dengan AFP, Ketua Jawatankuasa Hadiah Nobel Olav Njolstad mengatakan jawatankuasa tersebut hanya menilai perjuangan atau sumbangan dan karya pemenang sebelum penghargaan diberikan.

Suu Kyi sendiri menerima Hadiah Nobel pada 1991 ketika beliau masih dikenakan tahan rumah oleh junta militer Myanmar.

Suu Kyi dibebaskan pada 2010 dan memimpin partinya memenangi pilihan raya umum pertama selepas kemerdekaan.

Kini, Suu Kyi berdepan kecaman selepas tentera Myanmar melakukan keganasan yang didakwa sebagai penghapusan etnik Rohiongya di Rakhine.

Rekod menunjukkan jumlah pelarian meningkat kepasa 300,000 pelarian menyeberang ke sempadan Bangladesh. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru