Sunday, November 27, 2022

CRV terbakar awal pagi tadi, lelaki nyaris maut di Jalan Pending

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Honda CRV yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik pembahagi jalan berhampiran premis Bank Simpanan Nasional di Jalan Pending di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, akibat rempuhan tersebut, bahagian enjin kenderaan tersebut terbakar seratus-peratus.

“Pihak kita telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.53 pagi dan sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuching.

Pasukan yang diketuai Avtar Singh katanya, mengambil masa kurang 10 minit untuk memadamkan kebakaran dengan membentangkan satu alir salur bantu mula dan satu nozel, bersumberkan air dari jentera bomba.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Teng Boon Jack bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran, katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru