Tuesday, October 4, 2022

Umno kalah: Lim Kit Siang sengaja manipulasi kenyataan Salleh

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang sengaja memanipulasikan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa beliau mengakui Umno akan kalah dan bakal kehilangan sokongan majoriti orang Melayu terhadap parti itu pada PRU-14  jika bangsa Melayu terus berpecah belah.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail  berkata, mungkin Kit Siang tidak faham bahawa kenyataan Salleh adalah sebagai peringatan dan amaran yang pernah disuarakan ramai pemimpin Umno sebelum ini.

Menurutnya,  jika dilihat daripada segi realitinya,Umno sebagai parti tonggak terbesar bangsa Melayu masih lagi mendapat sokongan yang padu daripada orang-orang Melayu.

“Walaupun pihak pembangkang memainkan pelbagai isu seperti isu 1MDB dan sebagainya, namun ternyata isu tersebut hari ini tidak lagi begitu memberi kesan terhadap pengundi Melayu,” katanya.

Mengenai kesan pembelotan Tun Dr Mahathir  Mohamad yang kini bersama-sama pembangkang beliau berkata ia tidak cukup kuat untuk menghakis sokongan padu orang Melayu terhadap Umno dan juga Barisan Nasional.

“Memang ada segelintir ahli-ahli Umno yang keluar parti menyertai PPBM, namun gelombang tersebut cukup lemah dan tidak mampu menjejaskan kekuatan Umno,” ujarnya.

Katanya, kalau hendak bercerita tentang isu ahli keluar parti, di sebelah pembangkang juga berlaku perkara sedemikian.

Malah, ujarnya, lebih teruk lagi apabila bukan sahaja ahli yang keluar parti, malah pemimpin mereka sendiri lebih ramai yang meletakkan jawatan dan  keluar parti, seperti mana yang berlaku pada DAP Sabah dan lain-lain lagi sebelum ini.

Zein yang juga Ketua Umno Bahagian Subang  turut menyifatkan kenyataan Kit Siang sebagai  langkah selamat DAP untuk menutupi agenda mereka memecahbelahkan orang Melayu demi melemahkan kuasa politik bangsa tersebut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru