Tuesday, June 28, 2022

Pasukan uji jentera bomba bantu warga emas tertebas kaki sendiri di Limbang

Secara Rawak

LIMBANG: Akibat lalai, seorang warga emas yang sedang berkebun, tertebas kaki sendiri menggunakan parang di Jalan Makasing Medamit pagi tadi, menyebabkannya mengalami kecederaan dan sukar berjalan.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila ketika dalam kebingungan di lokasi kejadian, sebuah jentera bomba tiba-tiba lalu di situ untuk melakukan ujian perjalanan jentera dan kajian kawasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem berkata, anak mangsa telah menahan jentera terbabit dan memohon bantuan kepada mangsa yang dikenal pasti sebagai Runggah Belawing, 65 tahun.

“Penyelia ujian, Zakaria Matnor dan tujuh anggota kemudian terus bertindak membantu membalut dan membawa mangsa ke jalan besar.

“Mangsa yang berasal dari Rumah Luta Makasing Medamit kemudian dikejarkan ke Klinik Nanga Merit Medamit, di sini,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru