Sunday, August 14, 2022

Tanpa jiwa besar Pas Azmin Ali tidak jadi MB, kata  Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa parti itu tidak  pandai berbelit-belit dalam apa-apa juga rundingan kerana syarat Pas ialah sama ada kepentingan Islam terjaga atau terabai.

“Jaga Islam maka perkara lain akan terjaga. Abaikan Islam maka kita akan lihat betapa kucar-kacirnya semua urusan,” kata Ahli jawatankuasa Pusatnya, Dr Azman Ibrahim.

Dr Azman Ibrahim

“Dalam Islam tak ada istilah pintu rundingan tertutup rapat. Kita tutup pintu, tapi kunci kita pegang di tangan. Kunci pintu mesti dipastikan berada di tangan pemimpin yang faham siyasah Islam. Kita tak perlukan warkah dari penjara untuk mengajar kita tentang politik. Cukup dengan warkah dari Allah dan Rasul untuk mengajar kita jalan mana yang perlu dipilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun membuat kenyataan  umum beliau sebenarnya merujuk kepada usaha PKR untuk berunding dengan Pas, termasuk gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buloh untuk terus berunding dengan parti itu bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ujarnya, kalau  bercakap tentang soal bagaimana seorang pemimpin perlu berjiwa besar dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan, maka “kita mempunyai kisah panjang untuk dinukilkan bagaimana jiwa besar yang dimiliki oleh pemimpin Pas dalam berfikir dan bertindak.”

Menurutnya, tanpa jiwa besar pemimpin Pas, Datuk Seri Azmin Ali tidak akan duduk di kerusi Menteri Besar seperti sekarang.

Malah, katanya, tanpa jiwa besar pemimpin Pas yang membelai dan mengasuh bayi PKR dengan penuh kesabaran selama ini, PKR tak akan mampu berada dalam kedudukan seperti sekarang.

“Tak ada masalah kalau jasa besar Pas dinafikan sebab Pas pun dah lepaskan PKR bina kehidupan sendiri. Pandai-pandailah hidup sendiri dan cari makan sendiri. Kalau berbalah sesama sendiri pun janganlah sampai heboh seantero dunia. Malu kokram!”,” ujarnya.

“Alangkah damainya berada di landasan perjuangan ini dengan panduan pertunjuk Ilahi. Segala mehnah dan tribulasi ciptaan manusia terasa kecil lantaran kita ada Allah sebagai tempat berharap dan mengadu.

Kita bukan manusia yang menumpahkan air mata di bantal ketika tidur tapi kita basahkan tempat sujud dengan air mata di atas sejadah ketika bermunajat kepada Allah mengadu segala kekurangan dan kelemahan diri,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru