Friday, August 19, 2022

Selepas diterjang Harvey, Irma pula bantai Amerika hujung minggu ini!

Secara Rawak

WASHINGTON: Texas di Amerika Syarikat masih berjuang pada penghujung detik selepas dilanda Taufan Harvey bermula 25 Ogos lepas.

Harvey mengorbankan 39 jiwa dengan puluhan ribu mangsa mencari perlindungan akibat banjir dan mengalami kerosakan rumah.

Kini Texas yang memerlukan AS$125 bilion (RM525 bilion) untuk pemulihan, belum lagi reda, sudah datang berita terbaharu melaporkan badai kategori 3 sedang menghampiri Amerika Syarikat!

Taufan Irma dijangka melewati wilayah Atlantik empat hari lagi untuk melintasi Kepulauan Leeward, Puerto Rico, Republik Dominica, Haiti dan Bahama sebelum mencapai tanah besar Amerika Syarikat.

Menurut Independent pada Isnin, Taufan Irma dijangka menghentam pantai timur AS seperti Florida pada hujung minggu, sama ada Sabtu atau Ahad ini.

Menurut National Hurricane Center, pusat taufan Irma diketahui masih berada sekitar 1.448 kilometer sebelah timur Kepulauan Leeward atau 3.460 kilometer tenggara Wilmington, North Carolina.

Namun, jangkaan tersebut masih belum pasti dan pergerakan arah taufan Irma masih boleh berubah setiap saat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru