Thursday, June 30, 2022

Polis Limbang buru suspek gaduh Dataran Jubli Emas, cederakan seorang lelaki hingga tidak sedarkan diri

Secara Rawak

LIMBANG: Ketua Polis Daerah Limbang semalam mengesahkan bahawa pihaknya sedang memburu sedang sekumpulan lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di bandar ini pada hujung minggu lalu, hingga menyebabkan seorang penduduk tempatan cedera di kepala.

Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, lelaki berusia 38 tahun itu bagaimanapun stabil biarpun masih tidak sedarkan diri.

“Kita masih melakukan siasatan untuk mengenal pasti suspek dan motif pergaduhan.

Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam pada Sabtu lalu, dengan pergaduhan tercetus di Tamu Limbang sebelum melarat ke Dataran Jubli Emas. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru