Sunday, August 14, 2022

Pendidikan pertanian masih relevan di kalangan belia luar bandar Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Program pendidikan pertanian masih relevan dan popular di kalangan belia terutama dari kawasan luar bandar di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak, berkata beliau dimaklumkan bahawa lebih 80 peratus daripada graduan IPS bekerja sama ada dalam sektor awam atau swasta.

Ketika berucap pada majlis konvokesyen ke-12 Institut Pertanian Sarawak (IPS) di sini semalam, beliau berkata graduan IPS telah memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan modal insan dalam sektor pertanian.

Beliau juga menggesa 98 graduan yang menrima ijazah masing-masing hari ini untuk menjadi generasi akan datang dengan terus menyumbang ke arah pembangunan sektor itu.

Petani perlu menimba pengetahuan, kemahiran dan teknologi terkini bagi pengurusan pertanian mereka setiap hari, kata beliau.

Pada majlis konvokesehyen itu, Edmund Anak Gani menerima Anugerah Cemerlang Akademik dan Kokurikulum dan Anugerah Pelajar Terbaik dalam Kursus Major sementara Bilbian Anak Gendie menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam Kursus Minor.

Alfie Asin menerima Anugerah Khas Pengarah Pertanian Sarawak sementara lima penerima lain ialah Allan Des Anak Jack (Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan), Erni Suhaili (Teknologi Pemprosesn Hasil Pertanian), Bibiana Cynthia Ak Maraga (Pengurusan Ternakan), Fuenzlina Ak Medek (Pengurusan Landskap), dan Bilbian Anak Gendie (Pengurusan Estet).

Pada majlis itu, Uggah  juga melancarkan Sijil Kemahiran Malaysia (MSC) Dalam Program Pengkhususan Tanaman yang merupakan tambahan Program Latihan Pertanian. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru