Kit Siang puji cara toleransi Nik Aziz, Fadzil Nor, Yusuf Rawa, kritik gaya “bermusuh” Hadi

SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui partinya menyokong prinsip agama Islam di Malaysia berdasarkan Perlembagaan negara.

Beliau mengakui, DAP menyokong Islam yang menggalakkan proses pembinaan negara berdasarkan saling menghormati dalam masyarakat majmuk.

Beliau menolak fahaman yang menimbulkan ketaksuban dan kebencian.

Memetik blog beliau bahawa hubungan DAP dengan Pas hari ini, sudah berubah.

Menurut Kit Siang, di bawah pimpinan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Yusuf Rawa, Pas mengamalkan dasar terbuka dan toleransi.

Di bawah pemimpin berkenaan, Pas menjadi parti yang sanggup bekerjasama bersama Pakatan Rakyat dan menganjur kerajaan kebajikan “Pas untuk Semua”.

Namun, di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu kini berubah.

Pas kini dikatakan sudah berpecah dari Pakatan Rakyat dana disifatkan sanggup menjadi pembela Umno/BN dan “undi untuk Pas” dianggap menjadi undi untuk Umno.

Kit Siang menuduh, di bawah pimpinan Hadi, rakan menjadi musuh dan musuh menjadi kawan. – Sarawakvoice