Tuesday, June 28, 2022

Ferrari musnah terbakar bertembung Peugeot di Jalan Krokop 9, Miri

Secara Rawak

MIRI: Sebuah kenderaan mewah jenis Ferrari musnah seratus-peratus petang semalam selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Peugeot di Jalan Krokop 9 di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 6.44 petang dan sebuah jentera FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri.

“Setibanya di lokasi enam minit kemudian, pasukan mendapati kebakaran melibatkan kereta jenis Ferrari dan Peugeot di bahu jalan.

“Pasukan memulakan operasi dengan satu alir salur bantu mula dengan bersumberkan air tangki jentera.

Kata Ling Hii, mangsa kenderaan Peugeot telah dikeluarkan oleh orang awam dan tidak cedera, manakala mangsa kenderaan Ferrari telah dibawa oleh ahli keluarga ke hospital untuk rawatan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru