Tuesday, October 4, 2022

Rafizi kritik rakan yang beri tanggapan salah terhadap PKR

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik rakan dalam parti yang memberi tanggapan salah kepada media dengan menyebarkan pandangan mereka seolah-olah pandangan dan sentimen umum parti.

Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa terdapat ahli parti yang membocorkan maklumat kepada media apabila terdapat pertelagahan dan perbezaan pendapat dan pendirian dalam parti.

Satu daripada isu kontrovesi dihadapi PKR ialah sama ada terus berbincang dengan Pas atau tidak.

Sebahagian pemimpin dalam PKR termasuk Rafizi berpendirian rundingan kerjasama dengan Pas dalam pilihan raya umum ke-14 tidak perlu diteruskan.

Namun ada pihak yang mahu perundingan dengan parti Islam itu diteruskan.

Keadaan ini mencetuskan konflik dan pergeseran dalam PKR.

Sin Chew Daily dipetik sebagai melaporkan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan diberi amaran keras supaya tidak mendedahkan pergeseran dalam parti atau berdepan kemungkinan dipecat.

Namun Rafizi menafikan adanya amaran sedemikian.

Hakikatnya mengikut penganalisis, semua itu membayangkan ada yang tidak kena dalam PKR. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru