Tuesday, October 4, 2022

Spekulasikan serpihan MH370 dengan kes bunuh konsul M’sia hanya konspirasi

Secara Rawak

PETALING JAYA: Penjejak bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 asal Amerika Syarikat, Blaine Gibson menuduh secara bebas bahawa Konsul Kehormat Malaysia ke Republik Madagascar Houssenaly Zahid Raza maut dibunuh 24 Ogos lepas.

Houssenaly dikatakan bertanggungjawab menyerahkan serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 kepada pihak berkuasa Malaysia melalui khidmat kurier.

Akhbar Australia, Perth Now melaporkan wakil Independent Group pasukan pakar penerbangan dan matematik yang mengikuti isu MH370 berkata, kematian Houssenaly “mencurigakan”.

Wakil itu mendakwa pihak berkuasa Malaysia dan Perancis bagaimanapun mendiamkan diri berhubung pembunuhan Houssenaly.

Serpihan tersebut masih dalam tangan pihak berkuasa Madagascar, tetapi perancangan baru perlu dibuat untuk menghantar serpihan berkenaan ke Malaysia.

Sementara, dalam respons ke atas laporan tersebut, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dakwaan kematian Houssenaly dengan MH370 yang hilang, hanya teori konspirasi dan berbaur agenda peribadi.

Menurut Tiong, setakat ini pertukaran maklumat risikan menunjukkan punca kematian Houssenaly masih dalam siasatan pihak berkuasa Madagascar.

Bagi beliau spekulasi liar mengaitkan kematian Houssenaly dengan proses penyerahan serpihan MH370 selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang 8 Mac 2014 lalu merupakan tindakan tidak sensitif.

“Jangan kaitkan berita sedih ini dengan MH370 tanpa kemukakan sebarang bukti kukuh sedangkan kita mempunyai prosedur operasi standard dalam mengendalikan penemuan setiap serpihan pesawat,” kata Tiong memetik BH Online.

Tiong mengaku Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) sudah diarah menguruskan proses penerimaan dan penelitian serpihan berkenaan dari pihak berkuasa Madagascar.

Menurut Tiong, serpihan kecil itu belum sampai ke tangan konsul kerana masih berada di tangan pihak berkuasa Madagascar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru