Tuesday, June 28, 2022

Penghulu terlibat kemalangan, penerbangan balik cucu ke KL ditangguh

Secara Rawak

KABONG: Sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan ke Kuching berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di kawasan Simpang Bajau, Jalan Saratok-Sri Aman pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu kenderaan yang dinaiki seorang penghulu di sini telah terbabas dan terhumban ke dalam parit di bahu jalan raya.

Akibat kejadian itu, isteri penghulu terlibat mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah dua tulang rusuk.

Menurut anak saudara penghulu terbabit, ketika kejadian kereta Perodua Viva yang dipandu anaknya cuba mengelak kereta Kancil yang datang dari arah belakang dan seterusnya bergesel pada bahagian belakang kedua-dua kereta menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas.

Isterinya yang cedera kini dirawat di Hospital Saratok. Sementara itu penghulu dan anaknya tidak mengalami kecederaan.

Keluarga berkenaan dikatakan hendak ke Kuching bagi tujuan menghantar cucunya yang akan berangkat ke Kuala Lumpur esok.

Ekoran daripada kejadian itu penerbangan cucunya ke Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru