Tuesday, June 28, 2022

Jatuh gaung 25 meter, mangsa terbayang mati di Kampung Stengang

Secara Rawak

LUNDU: Tiga individu terbayang maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan jatuh gaung berdekatan Kampung Stengang di Jalan Bau Lundu di sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.22 petang dan sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan tujuh anggota diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau.

“Pasukan mengambil masa 19 minit untuk tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas masuk ke gaung sedalam 25 kaki dari jalan raya.

“Terdapat tiga mangsa, dengan mangsa lelaki pertama telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Bau.

Kata Ling Hii, seorang mangsa perempuan telah mengalami patah tangan kanan dan diusung keluar menggunakan pengusung dari gaung sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik.

“Seorang lagi mangsa lelaki mengalami sakit pinggang, telah dipasangkan pelindung K.E.D dan diusung keluar sebelum dibawa ke hospital menggunakan EMRS.

Mangsa yang terlibat berusia sekitar 27 hingga 52 tahun, katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru