Monday, December 5, 2022

Dr Sim Kui Hian, James Dawos hadir untuk tumbangkan empat lembu, dua kambing di IPD Padawan

Secara Rawak

PADAWAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Tenaga,   Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri James Dawos Mamit dan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Amer Awal merupakan kenamaan yang hadir pada Majlis Ibadah Korban “Pemimpin Bersama Masyarakat” IPD Padawan di perkarangan Surau Baitul Iman, IPD Padawan semalam.

Lebih 100 orang terlibat dalam majlis ibadah korban tersebut termasuk Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan serta 20 pegawai kanan , 68 anggota serta 12 ahli PERKEP IPD Padawan.

Seramai 25 penerima daging korban terdiri daripada penduduk Kampung Sidanu, Kampung Gong dan Kampung Sinar Budi turut hadir.

Daging korban disampaikan kepada saudara baru, ibu tunggal dan wakil penduduk kampung yang berhampiran.

Jelas Aidil, program ringkas itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Raya Korban IPD Padawan dan para penyumbang, malah mewujudkann ikatan mesra dengan penduduk setempat.

“Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sebanyak empat ekor lembu dan dua ekor kambing tumbang semalam, hasil sumbangan pemimpin masyarakat serta IPD Padawan,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru