Tuesday, June 28, 2022

Lelaki cedera di kepala, kereta berpusing melanggar pokok di Muara Tebas

Secara Rawak

KUCHING: Dek licin kerana hujan yang turun sejak pagi tadi, sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum berputar dan merempuh sebatang pokok di Kampung Muara Tebas, di sini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.05 pagi tadi dan sebuah jentera FRT dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.

“Dengan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarelawan Bako yang tiba 16 minit selepas panggilan, pasukan mengambil masa 23 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan Perodua Kelisa yang dipandunya.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan dengan stretcher kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik dari Klinik Bako kerana mengalami cedera di bahagian kepala.

“Mangsa yang berusia 26 tahun kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru