Saturday, October 8, 2022

Kuarters ladang 6 pintu musnah dijilat api di Marudi

Secara Rawak

MARUDI: Sebuah kuaters pekerja di Ladang Timbarap 3 dijilat api semalam dan memusnahkan satu blok kediaman yang mempunyai enam pintu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 10.03 pagi dan sebuah kenderaan utiliti jenis Mitsubishi Pajero diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, dengan kekuatan enam anggota yang diketuai Hashim Norsidi.


“Tiba lebih satu jam kemudian, pasukan mengambil masa 40 minit untuk mengawal api yang memusnahkan keseluruhan blok yang bersaiz 40 x 120 kaki persegi.

“Pasukan kemudian mengambil masa 30 minit lagi untuk menjalankan kerja-kerja overhaul menggunakan satu pam angkut dan satu aliran 200 kaki yang bersumberkan air terbuka sambil dibantu oleh pekerja ladang.

Tiong berkata, tiada sebarang kecelakaan nyawa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disiasat pasukan forensik kebakaran. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru