Saturday, December 3, 2022

Dua individu ceroboh restoran di Aiman Mall, Kota Samarahan jam 3 pagi dan larikan syiling RM20 dirakam CCTV

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Hasrat dua individu untuk “kaya seketika” dengan memecah masuk sebuah premis restoran dan mencuri wang dalam mesin juruwang berkecai malam tadi apabila mesin itu hanya mengandungi duit syiling.

Lebih malang, duit syiling itu hanya berjumlah RM20.

Namun ia menyebabkan pemilik restoran kerugian besar, kerana kerosakan yang dialami menjangkau RM3,000.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada pengurus restoran terbabit pagi tadi.

“Pengurus terbabit telah dimaklumkan oleh pekerjanya akan insiden tersebut dan
melakukan pemeriksaan lanjut.

“Beliau mendapati terdapat kesan umpil serta kerosakkan pada pintu masuk bahagian tepi kedai dan duit syiling berjumlah lebih kurang  RM20.00 lesap bersama-sama laci peti wang  di kaunter hadapan.

Kejadian itu kata Chong Chern, dilakukan oleh dua individu dan dirakamkan oleh sistem kamera litar tertutup (cctv) sekitar jam 3.48 pagi.

“Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.

“Ia merupakan kejadian pertama di Aiman Mall yang baru memulakan operasinya pada tahun lalu,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat akan individu di dalam cctv terbabit, diharap dapat menghubungi balai polis terdekat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru