Tuesday, June 28, 2022

Banjir: Tujuh individu daripada dua keluarga diarah pindah di Merapok, Lawas

Secara Rawak

LIMBANG: Seramai tujuh mangsa daripada dua keluarga dipindahkan awal pagi semalam selepas kediaman mereka dinaiki air di Masjid Baru Merapok di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii memberitahu, sejurus dimaklumkan kejadian tersebut sekitar jam 12.27 tengah malam tadi, sebuah lori, ambulans EMRS dan bot fiber diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, dengan kekuatan empat anggota, yang diketuai Mohd Mafri Abdul Latif

“Tinjauan kita mendapati air telah memasuki dan menjejaskan dua buah rumah kediaman sedalam satu kaki namun namun masih terkawal kerana hujan telah berhenti.

“Pasukan kemudian memindahkan mangsa ke lokasi Pusat Pemindahan di Dewan SMK Merapok dan menyerahkan tugas seterusnya kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru