Monday, December 5, 2022

Wartawan, pengawal sempadan saksi tentera Myanmar bom, tembak pelarian di sempadan

Secara Rawak

YANGON: Wartawan AFP serta pengawal sempadan Bangladesh menjadi saksi beberapa kejadian tentera Myanmar sengaja melepaskan bedilan mortar dan mesingan ke arah ratusan pelarian Rohingya yang melarikan diri pada Sabtu.

Kejadian di pos sempadan Ghumdhum itu menyaksikan orang awam bertempiaran lari ketika askar Myanmar melepaskan tembakan ke arah pelarian yang terkandas di utara Myanmar.

Tidak diketahui jumlah mangsa maut dalam serangan ke atas orang awam itu.

Menurut AFP Ketua Stesen Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan berkata, “mereka (askar Myanmar) menembak orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang bersembunyi di bukit berhampiran sempadan.”

Laporan turut menyebut, bunyi tembakan kedengaran di serata Rakhine, tengah hari Sabtu ketika tentera Myanmar bertempur dengan pejuang Arsa Rohingya.

Pada Jumaat dilaporkan 89 orang maut dan memaksa penduduk bandar Maungdaw melarikan diri.

Wilayah Rakhine yang menjadi kediaman etnik minoriti Islam Rohingya ratusan tahun menjadi sasaran sentimen kebencian agama.

Kewujudan Rohingya di Rakhine dinafikan dan mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin oleh majoriti penganut Buddha di Myanmar.

Ratusan lelaki Rohingya bangkit di Maungdaw sejak Oktober tahun lepas untuk membentuk pejuang dikenali sebagai Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (Arsa). – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru