Tuesday, October 4, 2022

Kongres Khas kerjasama PKR-Pas cadangan Rafizi dibawa ke Majlis Presiden Harapan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai komen berkaitan cadangan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meminta ditubuhkan Kongres Khas membincangkan kerjasama PKR-Pas.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada majlis  “Fund Rising Dinner” anjuran Armada Bersatu di Gombak, sebaliknya berkata, beliau tidak tahu kemahuan Rafizi dan menegaskan perkara tersebut boleh dibincangkan dalam Majlis Presiden.

Sebelum ini, Rafizi mencadangan agar diadakan kongres membincangkan perlu atau tidak diteruskan kerjasama PKR-Pas.

Isu kerjasama tersebut timbul ekoran pertemuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Azmin Ali dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Rafizi melihat kerjasama PKR-Pas memberi kesan kepada semua gabungan Pakatan Harapan (Harapan).

Dalam rundingan itu Pas mungkin menuntut perkara yang melibatkan komponen lain dalam Harapan yang tidak dapat diputuskan PKR sendirian.

Memetik Malaysia Dateline pada Isnin, Mahathir pada program tersebut berkata, Bersatu perlu berkorban dan bertolak ansur sesama rakan gabungan dalam Harapan untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, gabungan perlu bekerjasama dan sanggup mengorbankan kepentingan diri agar dapat mengagihkan kuasa dengan adil dan saksama. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru