Friday, December 2, 2022

Jambatan Sg Baram kunci lonjak pembangunan, pelancongan, ekonomi Marudi — Abg Jo

Secara Rawak

MARUDI: Jalan Marudi sudah ada, kini ia perlu dinaik taraf dengan dihubungkan melalui jambatan merentasi Sungai Baram demi membawa lebih banyak pembangunan masuk.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg percaya daerah kecil di utara Sarawak itu akan rancak pertumbuhan ekonominya apabila didekatkan dengan bandar sekitar termasuk Miri melalui kemudahan jalan raya yang lengkap.

Lapangan Terbang Miri memberi nilai tambah bagi perhubungan Jalan Marudi ini yang perlu melewati dua sungai melalui jalan darat, membawa masuk pelancong luar.

Merasmikan Regata Baram, Abang Johari yakin pembinaan jambatan tersebut turut merancakkan ekopelancongan Baram.

Beliau membayangkan lebih ramai pelancong dan rakyat tempatan mengunjungi dan menikmati keindahan pedalaman negeri ini sehingga ke Long Lama.

Abang Johari menambah, kemasukan pelancongan yang ramai ini pada masa yang sama turut membantu membawa masuk pelaburan ke Marudi sehingga mampu mengembangkan ekonomi setempat.

Selain pembinaan jambatan, Abang Johari turut menyentuh pembinaan rumah rehat dan hotel tiga bintang di Marudi.

Beliau berkata Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HAD) diarah meneliti semua cadangan ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru