BINTULU: Seorang wanita pecah kepala selepas dilenyek sebuah lori 10 tan dalam nahas di Jalan Nyabau by-pass Bintulu-Miri, petang tadi.

Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.21 petang dan sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu.

“Pasukan tiba di lokasi dalam tempoh 13 minit dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dan sebuah motosikal, dengan penunggangnya terperosok di bawah tayar lori.

Berdasarkan maklumat polis katanya, penunggang motosikal itu bergerak dari arah Bintulu-Miri sebelum bertembung dengan lori tersebut dari arah bertentangan.

“Mangsa pecah kepala digilis di bahagian tepi kepala dan telah disahkan maut oleh pasukan paramedik.

Pasukan terlibat katanya, menjalankan kerja-kerja operasi menggangkat mangsa yang berada di bawah lori menggunakan stretcher sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai wanita Cina, Sim Kui Choor, 57 tahun. – Sarawakvoice