Saturday, December 3, 2022

Tiada lagi provokasi, chanting menjentik emosi menjelang aksi separuh akhir Malaysia-Indonesia malam ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pertemuan Malaysia-Indonesia malam ini pasti “kurang gempar” kerana semalam, arahan dikeluarkan kepada penyokong negara in agar menzahirkan sokongan bersopan santun, tanpa provokasi melampau, dan tanpa nyanyian atau chant yang menjentik emosi serta sentimen lawan.

Itu keputusan yang dicapai hasil rundingan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin dan dua wakil Ultras Malaya, Rambo dan Mizi di Hotel Concorde Shah Alam semalam.

Pertemuan yang turut disertai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi telah membincangkan beberapa isu dan perkara termasuk mengenai aduan rasmi diterima berhubung chant yang dianggap menghina negara pasukan lawan pada perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Foto FAM

“Kami kesal dengan apa yang berlaku dan atas dasar persahabatan sesama negara ASEAN, kami telah mencapai persetujuan bersama dan juga jaminan bahawa chant seumpama itu tidak akan dilakukan lagi oleh Ultras Malaya pada baki perlawanan Sukan SEA 2017.

“Ini bermula dengan aksi separuh akhir bertemu Indonesia, malam esok (in) dan juga final pada Selasa ini (jika Malaysia layak),” kata Hamidin.

Katanya, langkah awal sudah pun diusahakan pihak Ultras Malaya yang tidak melaungkan chant berkenaan ketika perlawanan terakhir Kumpulan A bertemu Laos, Rabu lalu.

“Kerjasama baik daripada pihak Ultras Malaya ini begitu saya hargai dan kami tidak menafikan yang sokongan padu daripada Ultras Malaya telah menghidupkan suasana perlawanan di stadium.

“Pada masa yang sama, mereka membantu menaikkan semangat para pemain untuk beraksi lebih baik seterusnya mencapai kemenangan,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru