Friday, September 30, 2022

Media Indonesia: Malaysia berpotensi tumpaskan Garuda Muda malam ini

Secara Rawak

JAKARTA: Indonesia mengakui Malaysia berpotensi menjadi pemusnah harapan Indonesia melangkah ke final berdasarkan prestasi semasa pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Pasukan kebangsaan U-22 Indonesia yang digelar Garuda Muda akan melawan Malaysia pada semifinal  SEA Games 2017 di Stadium Shah Alam malam ini dengan peminat di kedua-dua negara menanti dengan penuh debar.

“Tim berjulukan Harimau Malaya memiliki “cakar-cakar” menakutkan di sektor sayap. Bek sayap Indonesia bakal dibuat sangat repot (sibuk) menutup umpan terukur dari winger pasukan Ong Kim Swee,” kata Kompas dalam ulasannya tentang pertemuan yang dijangka sengit.

Malaysia menciptakan 10 gol pada babak penyisihan dengan menewaskan Brunei, Singapura dan Myanmar.

“Sebanyak lapan gol tercipta dari crossing cantik baik dari sisi kanan atau kiri. Dua gol lainnya dari bola mati yakni sepak pojok dan tembakan keras dari luar kotak penalti,” katanya.

“Ditelaah lebih dalam, sayap kanan Malaysia menjadi senjata sangat mematikan!,” akui akhbar itu.

Malaysia, ulasnya lebih lanjut, lebih suka melancarkan serangan sayap kanan setelah tujuh gol tercipta dari sisi tersebut.

“Jadi, berhatilah Rezaldi Hehanusa dan Ricky Fajrin yang akan mengawal sisi kiri Indonesia,” katanya mengingatkan pemain Indonesia itu.

Indonesia bakal kehilangan tiga tonggak utama kerana menghimpun kad kuning. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru