Janda menang jackpot RM3.18 bilion ketika masih ratapi suami mati kemalangan

0
9
gambar hiasan

NEW YORK: Mavis Wanczyk dari Massachusetts, Amerika Syarikat membeli tiket loteri dari sebuah kedai di kota kecil Chicopee, 160 kilometer dari barat Boston.

Uniknya, menurut Asia One pada Jumaat, Mavis membeli susunan nombor berdasarkan tarikh lahir salah seorang ahli keluarganya demi mendapat tuah.

Tiba hari keputusan loteri pada Khamis lepas, Mavis yang baru meratapi kematian suaminya William Wanczyk akibat kemalangan langgar lari November lepas — kebingungan menerima pengumuman tersebut.

Bahkan, semasa sidang akhbar sempena kemenangannya, Mavis masih terlihat kebingungan diisytiharkan sebagai pemenang jackpot Powerball tunggal terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat bernilai AS$758.7 juta (RM3.18 bilion).

Mavis, 53, memutuskan menuntut wang kemenangan tersebut untuk tempoh 30 tahun.

Beliau dilaporkan mengambil AS$336 juta (RM1.411 bilion) terlebih dahulu dengan membayar cukai ke atas wang tersebut.

Mavis yang hadir bersama ibu dan adiknya mengambil keputusan berpencen dari tempat kerja 32 tahunnya di Pusat Perubatan Mercy.

Kini, perkara yang mahu dilakukannya ialah santai.

Pengendali loteri, Powerball sebelum ini pernah membayar hadiah jackpot yang memecah rekod dunia pada Januari 2016 bernilai AS$1.6 bilion (RM6.7 bilion) dibahagikan kepada tiga pemenang berasal dari California, Florida dan Tennessee.

Masing-masing pemenang membawa pulang AS$528.8 juta (RM2.2 bilion).

Berkaitan kematian suaminya William, anak Mavis bernama Marlee dan William Jr. masih bersedih mengenang pemergian ayah mereka seorang anggota bomba, menurut Mass Live.

Memetik nydailynews.com pada Jumaat, Peter Sheremeta, 20, didakwa mabuk ketika memandu sehingga melanggar mangsa, ditahan Jun lepas atas tuduhan membunuh. – Sarawakvoice