Pengurusan rizab antarabangsa BNM selaras standard antarabangsa – PM Najib

KUALA LUMPUR: Kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia yang kini mencecah US$100.4 bilion, mencerminkan kredibiliti bank pusat itu dalam menyampaikan khidmat pengurusan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam Tweet terbarunya, Najib memuji pengurusan Bank Negara yang dilihat mampu mencapai taraf standard antarabangsa.

“Syabas atas pengurusan yang baik ke aras kukuh, selaras standard antarabangsa,” kata beliau.

Pada 22 Ogos, Bank Negara mengumumkan rizab antarabangsa berjumlah US$100.4 bilion (bersamaan dengan RM431.0 bilion) pada 15 Ogos 2017, berbanding US$99.4 bilion (RM427 bilion) yang dicatatkan pada 31 Julai, 2017.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. Bernama