Friday, August 19, 2022

PM Najib terima undangan Trump ke Washington 12 September

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima undangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke negara itu.

Najib dijadual akan mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan pada 12 September ini.

“Malaysia dan Amerika Syarikat melihat lawatan ini adalah sempena meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala yang dipertingkatkan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri kepada perkongsian komprehensif berasaskan kepentingan bersama,”  menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, hari ini.

Kata kenyataan itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Ini, katanya,  termasuk keselamatan negara, perjuangan global membabitkan keganasan dan ekstremisme, serta perdagangan dan pelaburan yang akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru