Rizab terkini BNM RM431 bilion, mampu biayai 7.9 bulan import tertangguh

KUALA LUMPUR: Terkini, Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) ialah AS$100.4 bilion (RM431 bilion) dicatat pada 15 Ogos lepas.

Jumlah ini meningkat berbanding AS$99.4 bilion (RM427 bilion) pada 31 Julai, bulan lepas.

Dalam kenyataan BNM pada Selasa, rizab terkini itu mampu membiayai 7.9 bulan import tertangguh.

Ia juga dapat menampung 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.

Kenyataan BNM menyebut komponen utama rizab antarabangsa itu merupakan rizab mata wang asing (AS$93.9 bilion), kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion).

Manakala, Hak Pengeluaran Khas (SDR) ialah (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 billion) dan aset rizab lain (AS$3 bilion).

Sementara, aset yang dimiliki BNM pula termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.021 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM5.355 bilion).

Aset lain berupada deposit dengan institusi kewangan beerjumlah RM3.434 bilion, pinjaman dan pendahuluan (RM7.829 billion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain bernilai RM7.297 bilion. – Sarawakvoice