Saturday, December 4, 2021

Pesta Lundu dari 25 hingga 27 Ogos – Regata  Sungai Batang Kayan acara kemuncak

Secara Rawak

LUNDU: Pesta Lundu 2017 akan berlangsung dari 25 hingga 27 Ogos ini.

Pegawai Daerah Lundu, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, beberapa aktiviti bakal menjadi tarikan pelancong termasuk Regata  Sungai Batang Kayan dan Pertandingan Jagu Muaythai.

“Selain itu, aktiviti lain yang dianjurkan perlumbaan bot laju, kapal/bot berhias, pertunjukan wau berapi (malam), pertandingan Puteri (Ratu) Glam, pertunjukan tradisi dan persembahan kebudayaan suku kaum Daerah Lundu dan banyak lagi.

“Pengisian menarik untuk pengunjung selama tiga hari sepanjang pesta berlangsung ialah Showcase Usahawan dan Sarawak Kitchen, Ekspo Pertanian Lundu, Ekspo Usahawan (RISDA), Bazar Belia, Karnival pelbagai jualan/ promosi produk penjaja, pentas hiburan dan banyak lagi,” katanya.

Tambahnya, Lundu adalah antara destinasi ‘syurga pelancongan’ yang mempunyai pelbagai tarikan khazanah alam semulajadi serta destinasi pusat peranginan.

Menurutnya, ADUN Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu sentiasa menekankan industri pelancongan yang banyak membantu ekonomi penduduk tempatan secara langsung.

“Selain itu, pelbagai kemudahan seperti pusat latihan belia, pusat matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Lundu sebagai laluan Pan Borneo memberi manfaat kepada penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk syarikat korporat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk pejabat Daerah Lundu, Majlis Daerah Lundu, Jabatan Pertanianm RISDA, FAMA dan menjayakan program berlangsung.

“Pesta Lundu pada kali secara langsung dapat meningkatkan produk industri pelancongan di kawasan Lundu dan serta memberi manfaat kepada ekonomi penduduk tempatan,” katanya.

Majlis perasmian Pesta Lundu 2017 dijangka disempurnakan oleh ADUN Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.

Manakala majlis penutupan dilakukan Ahli Parlimen Santubong yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,  Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru